Nama-nama lain Brahma Brahma

  • Hiranyagarbha - Dari segi kosmologi, Brahma adalah Embrio Emas (Hiranyagarbha), iaitu bebola api yang melahirkan alam semesta ini.
  • Prajapati - Brahma dikenali sebagai Prajapati kerana semua mahkluk adalah anak-anaknya
  • Pitamaha - Sebagai Pencipta, Brahma adalah Bapa atau Patriak semua mahkluk
  • Vidhi (takdir)
  • Lokesa (Raja dunia)
  • Dhatr (pelindung)
  • Viswakarma - Sebagai arkitek alam semesta ini, Brahma juga dikenali sebagai Viswakarma. Biasanya, kuil yang khusus untuk Brahma, mempunyai rupa Vishwakarma yang duduk di atas seekor burung Hamsa, dan empat tangan-Nya memegang sebuah kitab, tasbih, rumput kusa, dan kamandalu.
  • Nabhija dan Kanja - Menurut mitologi Hindu, Brahma lahir daripada sekuntum teratai yang berasal dari pusat Maha Vishnu. Maka, Brahma juga mendapat nama Nabhija (yang lahir daripada pusat) dan Kanja (yang lahir di air).

Nama 'Narayana' ('seseorang yang berada di lautan' atau 'kediaman manusia') pada asalnya digunakan untuk Brahma dan hanya kemudian untuk Maha Vishnu.